Tuesday, January 14, 2014

Sesi Perkongsian Impian Menjadi Cabin Crew Part 1



Saya Nur Fairuz Binti Mohamed Ariff dan boleh panggil saya Rose. Saya dari Port Klang Selangor. Sebelum ini saya pernah bekerja di Malaysia Airport Holding Berhad sebagai customer service assistant yang menjual barangan bebas cukai di LCCT.


Semasa saya bekerja di situ saya ada juga mencuba untuk menjadi pramugari. Saya pernah menghadiri temuduga 'flight attendant' di Air Asia. Walaupun saya tidak kredit dalam English tapi saya masih mahu mencuba nasib saya berlandaskan sijil pemandu pelancong dan juga kursus bahasa inggeris.

Langkah pertama yang masih saya ingat adalah dengan mengukur ketinggian dan saya melepasi tinggi yang dikehendaki. Selepas itu saya diuji dengan pencapaian akademik sehinggalah tahap penampilan 'grooming'. Apa yang membuatkan saya tewas adalah di bahagian lisan. Saya rasa takut apabila berhadapan dengan penemuduga membuatkan saya 'blank'.

Namun saya masih tidak putus asa dan mahu lagi mencuba. Selepas saya terjumpa dengan laman web KerjayaPramugari ini saya lebih bersemangat dan berharap cita-cita saya menerokai awan biru sebuah realiti.

Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Cabin Crew dan lulus temuduga cemerlang. Isi form dibawah ini.

Nama Anda

E-mail address

No comments:

Post a Comment