Tuesday, December 3, 2013

Pramugari Berkeluarga? Boleh Ke?


Pernah tak dengar kalau jadi pramugari maknanya tak boleh kawin, tak boleh bunting kalau bunting tidak boleh menyertai syarikat penerbangan?

Saya akui saya pernah! Sebenarnya Cabin Crew Line Operation tidaklah sekejam itu pada wanita..adalah menjadi satu fitrah apabila yang pandai berkomunikasi, yang suka pada kecantikan , yang melayan dengan penuh khemah dan lembut itu jauh dimonopoli oleh wanita.

Begitulah seadanya di dalam services industry apatah lagi industri kerja professional  termasuklah professional career dalam Airlines iaitu pramugari dan pramugara. Kita melihat layanan Kru Kabin ini penuh dengan sopan and santun, berkomunkasi dan menjalankan kerja dengan penuh dedikasi , tapi apa akan terjadi jika si pramugari mendirikan rumahtangga dan bakal mempunyai anak?

Adakah mereka akan dibuang atau mereka akan ditamatkan kontraknya? Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia apabila wanita yang bergelar pramugari ini bakal berkahwin dan mempunyai anak jadi tidak mungkin mereka akan dibuang kerja , grounded, atau ditamatkan kontraknya.

Bagi Kru Kabin yang bakal berkahwin tidak akan menjadi masaalah jika mereka mahu meneruskan  karier sebagai pramugari, malahan syarikat penerbangan itu sendiri akan membenarkan mereka ini bercuti dengan sebab-sebab  yang kukuh! Malahamn, ada yang meminta berbulan lebih awal supaya mendapat lebih cuti tanpa mengunakan cuti tahunan, tidak ramai yang tahu Kru Kabin akan mendapat wajib 13 hari cuti untuk jadual setiap bulan , tidak boleh kurang jika tidak anda tidak akan dibenarkan bekerja untuk hari itu .

Ini kerana Kru Kabin adalah duta yang mewakili negara dan syarikat penerbangan, setiap Kru perlu mempunyai rehat yang cukup dari mental dan fizikal supaya perkhidmatan sempurna dapat dilaksanakan. Tidak cukup dengan itu diberi juga 30 hari cuti tahunan, bagi pramugari yang bakal menlahirkan anak, sesetengah syarikat penerbangan akan member apa yang dipanggil ‘Flying Mother scheme” (1 tahun cuti bersalin) dengan dibayar gaji serta ditambah Elaun Perubatan & Faedah Insurans.

Jadi kesimpulannya, selepas bersalin anda hanya perlu memastikan anda mengekalkan bentuk badan anda, kelihatan menakjubkan dan bersedia untuk berkhidmat maka bila-bila masa anda pasti akan melakukan penerbangan sulung selepas bersalin!

Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk jadi Cabin Crew. Isi form dibawah ini.
Nama Anda

E-mail address



No comments:

Post a Comment